Reskilling & Upskilling Program for Retrecnhed Workers adalah inisiatif untuk meningkatkan peluang pekerjaan kepada pekerja yang diberhentikan Malaysia. Di bawah inisiatif ini, pekerja Malaysia yang telah diberhentikan kerja akan dilengkapi dengan kemahiran industri tambahan yang diperlukan majikan atau kelayakan untuk membolehkan mereka bekerja semula atau menceburi aktiviti perniagaan sendiri dan menyokong kesejahteraan mereka selepas kehilangan pekerjaan.

Pelbagai industri sedang menyokong inisiatif ini bersama Skills Johor. Para peserta akan menjalani rundingan kerjaya untuk mengenalpasti jurang keperluan latihan. Selepas membuat penilaian, para peserta akan mendaftar mengikut jurang keperluan latihan sebagai persediaan untuk penempatan pekerjaan kelak.

 

OBJEKTIF

  • Berfungsi sebagai “One-stop centre” bagi pekerja warganegara Malaysia yang diberhentikan kerja;
  • Mengurangkan beban pekerja yang diberhentikan kerja dengan menyediakan sokongan nasihat mengenai kaunseling kerjaya dan perancangan, platform bagi suai padan permohonan pekerjaan, serta latihan bagi mempersiapkan mereka untuk kerjaya yang seterusnya.

KUMPULAN SASARAN

Program ini adalah terbuka kepada semua pekerja Malaysia yang diberhentikan kerja. Pekerja yang telah ditamatkan disebabkan oleh tindakan tatatertib oleh majikan mereka tidak layak untuk perkhidmatan yang diberikan di bawah inisiatif ini.