RETAIL ASSOCIATE
RETAIL ASSOCIATE
MAXINCOME RESOURCES SDN BHD
FamilyMart adalah rangkaian perniagaan runcit berkonsep premium yang menawarkan makanan dan minuman segar, produk-produk import serta perniagaan asas
Lokasi Kerja: Kuala Lumpur, Selangor, Johor
Gaji Permulaan: RM 2,000
Lokasi Temuduga: FamilyMart Amcorp Mall, G-02 PJ Tower, 18 Persiaran Barat, 46050 Petaling Jaya, Selangor
Syarat Kelayakan:
1. Graduan dari universiti awam yang tidak bekerja
2. Tamat peperiksaan tahun akhir pada Mac 2018 & ke atas
3. Ijazah dalam Peruncitan/Perniagaan/
4. Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik
Kriteria:
1. Berkeyakinan dan personaliti menarik
2. Minat dalam bidang perniagaan dan pemasaran
3. Boleh mengendali pelbagai tugas
Skop Kerja:
1. Memastikan kedai beroperasi dengan lancar
2. Memberi perkhidmatan pelanggan dan layanan mesra
3. Memenuhi pesanan pelanggan dan memastikan makanan disediakan mengikut SOP yang betul
4. Menguruskan proses pembayaran melalui transaksi tunai dan kredit
5. Menguruskan stok serta menjaga kebersihan dan keselamatan kedai
Mengenai GRAND:
GRAND adalah sebuah program latihan komprehensif selama 11 hari bertujuan meningkatkan kebolehpasaran graduan serta melatih graduan IPTA dengan kemahiran teknikal dan insaniah dalam bidang Peruncitan melalui metodologi penempatan-dan-latihan. Hanya calon yang berjaya diterima bekerja sahaja yang layak menyertai Program GRAND.
Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohonan dianggap tidak berjaya jika anda tidak menerima sebarang jawapan dalam masa14 hari selepas tarikh tutup permohonan.