Program dan latihan yang ditawarkan oleh Skills Johor berteraskan keperluan 6 teras industri selaras dengan teras ekonomi Johor.'

 

Kewujudan Skills Johor ini diharap dapat menampung keperluan dan merapatkan jurang pekerja mahir yang dianggarkan lebih daripada 100,000 orang sejajar dengan pertumbuhan pembangunan yang begitu pesat di kawasan industri minyak dan gas di RAPID Pengerang dan sekitarnya, kawasan pelancongan berintegrasi Desaru Coast serta cadangan pembangunan industri  lain di Johor khasnya dan Malaysia amnya.

Salah satu faktor utama kejayaan bagi hab latihan kemahiran vokasional yang berdaya maju ialah kewujudan rangkaian kerjasama yang sihat antara penyedia latihan dan industri. Ia bukan sekadar untuk mengambil pelajar bagi tujuan latihan dan pensijilan, ekosistem industri juga adalah penting untuk kejayaan dan kemampanan projek ini.

Peranan industri bukan sekadar memberi nasihat tetapi juga menjadi rakan kongsi aktif dari segi menyediakan keperluan modul kurikulum, peralatan latihan, sesi praktikal, latihan dan penempatan pekerjaan. Mereka juga akan memberikan pendidikan dan latihan melalui panel ahli fakulti yang terlibat.