Petikan Ucapan YAB Menteri Besar Johor

YAB Datuk Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor

Pembangunan Hab Kemahiran Johor (Johor Skill Hub) di kawasan seluas 100 ekar dikenal pasti di daerah Kota Tinggi oleh Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dengan peruntukan sebanyak RM225 juta bagi menyediakan pengajian meliputi sektor minyak dan gas, pengangkutan, pelancongan, bioteknologi dan kesihatan.

TVET Video Introduction

Hala Tuju TVET

Sebuah komuniti yang saling berinteraksi, mencipta gaya hidup harmoni.

Salah satu kunci kejayaan hab ini adalah pembentukan sebuah komuniti yang terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa dari seluruh ASEAN serta lain-lain negara.

Hab ini juga merupakan satu ekosistem di mana masyarakat dan industri boleh saling berinteraksi, menggembleng segala sumber agar kedua-dua pihak boleh mencapai faedah bersama.